Perkembanga Fibrosis Pulmonari

Fibrosis pulmonari berkembang dari sekumpulan penyakit yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas lalu menyebabkan kesesakan pernafasan di kalangan pesakit. Ini adalah akibat keparutan paru-paru yang tidak membenarkan oksigen yang mencukupi memasuki aliran darah di kalangan pesakit itu.

Simptom-simptom yang paling biasa dialami untuk  semua fibrosis pulmonari berkembang ialah kesesakkan pernafasan, batuk kering dan keletihan pada badan pesakit.

Terdapat penyelesaian yang berpotensi dapat membantu anda menguruskan penyakit tersebut seperti pilihan rawatan dan pemulihan umpamanya senaman.

Laman web MYPF ini dibangunkan untuk menyokong individu yang menghidap Fibrosis Pulmonari (Pulmonary Fibrosis, PF) dan orang yang menjaga mereka. Ia akan mengandungi pelbagai maklumat berguna, termasuk pendidikan penyakit, maklumat tentang akses kepada rawatan dan sokongan serta nasihat praktikal untuk membantu para pesakit dan penjaga memenuhi keperluan berkaitan kesihatan mereka dan cara untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian mereka.

Tiada sesiapa yang harus merasa keseorangan apabila berhadapan dengan penyakitnya.

Sila maklum bahawa entiti-entiti pihak ketiga ini tidak bergabung dengan, atau disokong oleh syarikat Boehringer Ingelheim. Semua tanda dagangan adalah hak milik pemilik masing-masing -